Sayu : Mama, adik nak masuk syurga..Alfatihah selalu dibaca nya (4Gambar)

a
SEREMBAN : ‘Mama, adik nak masuk syurga’. Itu antara ayat yang sering dikatakan Dania Nur Fatihah Rizal, 8, seminggu sebelum dia terbabit kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran Hospital Salam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Dania cedera parah selepas motosikal ditunggang ibunya, Norazalia Suliman, 36, berlanggar dengan sebuah kereta ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Tasik Jaya, di sini.

Bagaimanapun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height, Senawang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi semalam ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Sementara, ibunya patah tulang belakang dan masih dirawat di hospital sama.

Menurut ibu saudara Dania, Nozy Anora Suliman, 28, dia mula berasa tidak sedap hati selepas menerima pesanan suara menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memberitahu kejadian tersebut.
 "Yang hairannya, pesanan itu dihantar menggunakan nombor telefon kakak saya (Norazalia). Bila saya telefon kakak, dia beritahu terlibat dalam kemalangan dan minta tengokkan anaknya (Dania).

 “Namun,  ALLAH lebih sayangkan anak saudara saya (Dania). Dia meninggal dunia di hospital," katanya.
Menurutnya,  paling menyedihkannya apabila kakaknya memberitahu, Allahyarham menunjukkan sikap lain dari biasa sebelum kemalangan berkenaan.

 Dia dikatakan selalu membaca surah Al-Fatihah dan memberitahu mahu masuk syurga seperti mengetahui akan ajalnya tidak lama lagi.

 “Arwah anak bongsu dari tiga beradik dan dia merupakan cucu sulung perempuan dalam keluarga kami. Dia bukan sahaja seorang yang periang, malah rapat dengan kami semua," katanya ketika ditemui di HTJ, semalam.
Nozy Anora bagaimanapun reda dengan kejadian berlaku, memberitahu Norazalia sedih tidak dapat uruskan jenazah anaknya kerana masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Norazila yang dari arah pasar raya Kip Mart Senawang dipercayai mengubah haluan ke kiri untuk ke simpang Taman Tasik Jaya.

“Tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta Jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah Senawang tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

“Kejadian itu mengakibatkan dua beranak terbabit tercampak dan kedua-duanya dihantar ke HTJ untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun,  pemandu kereta Proton Saga selamat dan hanya mengalami cedera ringan,”katanya.

Katanya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment