Klang : 8 Ogos 2016 genap lah 7 tahun usia adik Afyna Zahirah masih jelas keriangan diri nya bersama mama nya memotong kek harijadinya, hari ini usia adik Afyan 7 tahun 1 bulan 22 hari, adik Afyan telah pergi dijemput ilahi.
Adik Afyna murid perempuan tahun satu maut selepas motosikal diboncengnya melanggar kereta di Jalan Paip, Meru, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1.10 petang itu, mangsa dikenali sebagai Afyna Zahirah Abdul Muiz, 7, maut di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal iaitu Zaimizan Jamali, 38, patah tangan kiri.




Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dari arah pekan Meru menghala ke Puncak Alam melanggar bahagian bucu bekalang kereta ketika cuba memotongnya.
Katanya, kereta terbabit dipercayai hendak membelok ke kanan menuju ke kawasan perumahan dan berikutan perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke lorong kanan.
"Keadaan cuaca baik dan cerah, permukaan jalan kering dan tidak terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kemalangan.
"Polis meminta saksi yang melihat kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

DUNGUN : Seorang pemandu lori menemui ajal apabila terkena letupan tayar kenderaan berat dipandunya dalam satu kejadian di Kilometer 89 Jalan Jerangau Jabor, Bukit Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Mohd Nazri Josuh, 41, dikatakan memeriksa tayar lori dipandunya lalu menyimbah air pada tayar yang ketika itu dalam keadaan panas sebelum ia meletup tiba-tiba dan terkena muka serta badannya.

Letupan berkenaan menyebabkan lelaki yang menetap di Kedai Buloh, Bukit Payung itu cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Isterinya, Za’aini Johari, 39 berkata, dia agak pelik apabila majikan suaminya yang tinggal tidak jauh dari rumah datang pada waktu Maghrib dan mengajak anak sulungnya, Muhamad Syafiq, 18, untuk ke Bukit Besi.



Menurutnya, lelaki itu tidak menjelaskan perkara sebenar sebaliknya memaklumkan suaminya hanya pengsan.

“Dia cuma datang ajak anak pergi ikut ke tempat kejadian. Sebab tak sedap hati, saya tanya dan dia beritahu suami saya kena letupan tayar lori, tapi cuma pengsan.

“Lepas anak saya pergi, saya dapat panggilan dan mesej bertalu-talu dari kawan yang tanya macam mana keadaan suami, ada yang ucap takziah.

“Saya beritahu saya sendiri tak tahu apa berlaku, tapi dapat rasa suami saya sudah tak ada," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara sebenar ketika ke Hospital Dungun dan melihat sendiri mayat suaminya.

“Keadaannya cedera parah seolah-olah terkena letupan bom,” katanya ketika ditemui di unit forensik Hospital Dungun.

Mengidam makan cempedak goreng

Za’aini berkata, dia tidak menyangka suaminya telah tiada sedangkan sebelum kejadian suaminya ada menghubunginya dan mereka sempat bergurau.

Katanya, sebelum bertolak ke Kuantan petang kelmarin, Allahyarham ada menyatakan teringin makan cempedak goreng.

“Suami saya telefon lebih kurang jam 6 petang tapi 'line' tak berapa bagus. Saya hubunginya semula dan kami sempat bercakap.

“Dia beritahu dah beli tiga biji cempedak dan suruh saya beli tepung beras sebab dia teringin makan cempedak goreng," katanya.

Menurutnya, Allahyarham kebelakangan ini lebih banyak berdiam walaupun kebiasaannya suka bergurau.

“Memang saya sedih, tapi kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, hasil siasatan awal, lori dipandu mangsa yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu mengalami kerosakan di bahagian tayar dan berasap.

“Difahamkan mangsa yang panik terus menyimbah air ke tayar menyebabkan tayar tiba-tiba meletup. Letupan itu menyebabkan kecederaan serius pada muka dan badan mangsa akibat melecur.

“Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan. Mayat mangsa sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan,” katanya.

Kes kemalangan maut di Industri Berat, MITC seorang penunggang motorsikal yang dalam perjalanan ketempat kerja nya dikilang Quantum terlibat dalam kemalangan.

Motosikal yang ditunggang mangsa dirempoh sebuah kereta jenis Honda yang gagal memotong mengakibatkan motosika yang ditunggang terbalik dan mangsa meninggal dunia dilokasi kejadian.






Apa yang paling menyayat hati kawan-kawan sekerja mangsa turut sama-sama ketempat kejadian mereka sama-sama memberi doa terakhir buat arwah.

Semoga keluarga mangsa tabah dan rohnya dicucuri rahmat, Aamiin-DTR 

Pendang : Gurauan manja pengantin baru kepada isterinya ketika berbual di telefon dengan menyatakan ‘mesti hangpa (awak) rindu kamikan’ menjadi kenangan terakhir buat mereka apabila lelaki terbabit meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 74, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Gurun, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.34 pagi, Muhammad Shaidi Che Othman, 27, yang baru melangsungkan perkahwinan 16 September lalu maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang lori yang berhenti di laluan kecemasan untuk meletakkan kon.
Majlis persandingan di pihak lelaki dijangka diadakan Sabtu ini selepas majlis di pihak perempuan berlangsung di Arau, Perlis, 16 September lalu.
Isterinya, Nurnaqiah Mahadzir, 26, berkata, suaminya bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Sungai Petani dan sehari sebelum kejadian, arwah bekerja syif malam dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Kambing dekat sini, pada hari kejadian.
Menurutnya, mereka belum tinggal bersama memandangkan lokasi tempat kerja berbeza dan merancang untuk tinggal bersama selepas selesai majlis kenduri di rumah suaminya.
Semoga terus tabah menghadapi dugaan ini. -Harian Metro 

Gurun : Muhammad Shaidi Che Othman, 27, dalam perjalanan dari arah Sungai Petani untuk pulang ke rumahnya di Padang Pusing, Pendang.

Motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori milik Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL Berhad) di Kilometer 74 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam dia maut ditempat kejadian.

Isteri arwah shaidi yang dinikahi arwah 11 hari lalu meluahkan rasa pilu dilaman sosial nya, dia mengimbau detik pengenalan dengan arwah membuat ramai sebak.



" heyy awaaa selamat pageyyy sayangg.. minggu lepas waktu ni kami antaq ampa depan pintu.ampa nk p keja. sruh tgu nk rasa cmna rasa blik keja ada istri kt umh.. syok letew blik2 kmi ada..hek..tapi reni kmi antaq yaasin kat ampa..hee..ingt dak kita sllu mlwak.klo kami p dlu cmna? pastuuu ampa pn gelut nak tnya cmtu gak..tiru! cmni rasa ampa tadak.kosong.kering.
ampa3..kmarin ckup 6taun ampa add kmi d fb..pastu kmi hampir2 nk remove ampa.sbb ingt ampa mat terap mna dok add org 😝. tapi kmi xbuang.. 17.10.2010 ampa komen kt status kmi.pastuu melalut kt chat box.. kwn3.. dekat 2 3 bln bru ampa mtk no fon..tu pn pyh ya amat nk mtk! pastuu mula la kwn smpai 19.7.2011 ampa mcm bg hint2 nk kmi jd lg special dlm hdup ampa.tu pn pyh jgk nk hbaq.main tarik tali sngguh! hek.
kita pn janji setia sampai bila2 sbb kita sama2 pnh kecewa dlu..kmi sntiasa ingt ayt ampa tu..kmi pn jnji kmi akan tgu ampa..mmg tgu sngguh! tiap kali nk kluaq mst kna tgu..pastu mola la kmi nk bebai..tp tgk muka ampa xjd mrh..tu kmi gram sgt tu.haishh 😝
pastu kmi abih bljaq.keja..ampa blom lg..xpa kmi kta..kmi tgu..sbb kmi nk ampa taw kmi sntiasa saport ampa!
alhamdulillah lpas bkwan 6taun..ampa pn keja..impian kita nk kawen dok nmpk dh ni..kita tunang 24.12.2015.. pastu kmi pilih 16.9.2016 kita kawen sbb kononnya nti nk cuti la smbot enebeseri..
12 hari ampa jadi suami kmi ckup2 6taun kita kwn d fb.. alahai syg..sat sgt kmi jd istri ampa..kmi jnji nk jga ampa kn..tapi lani Allah jga ampa. 😊
trima kasih untuk segalanya ampa.. kmi sayang sgt kat ampa.. dr awai kita kwn..kmi ikhlas syg ampa..sbaq dgn segala ujian yg mai..semua utk ampa..impian kmi nk tgk ampa bjaya semua ampa bwk p dh bsama.. semua syg ampa..semua kata ampa baik.. betoii.. ampa baik..klo kmi srabut ampa tlg kmi sbb stgi ampa srabot pala jgk..hek..
ok awaaaaa.. nti sy anto surat lagii okei.. dok baik2 d sana.. Allah ada jga ampa.. inshaAllah.
dari kamiiii untuk ampa wahai SOMI.. SETRI ampaa.. yang nakk sgt pngei ampa ABANG walopun ampa kta xkisah nk pngei apa pn.." - dari isteri mu Nurnaqiah 

Semoga Nurnaqiah terus tabah apa dugaan yang menimpa diri nya, Allah lebih sayang kan arwah suami nya shaidi - Al fatihah.

GURUN: Baru 10 hari pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka yang berlangsung pada 17 sept lalu, mereka masih dalam fasa bulan madu, namun pagi ini si isteri dan keluarga dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa pengantin lelaki.

Apa yang berlaku amat mengejutkan namun kita tidak boleh melawan kehendak takdir pengatin lelaki arwah Shaidi maut dalam kemalangan pagi tadi, semoga isterinya Puan Nurnaqiah tabah menghadapi dugaan yang maha ini.

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori milik Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL Berhad) di Kilometer 74 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.







Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa, Muhammad Shaidi Che Othman, 27, dalam perjalanan dari arah Sungai Petani untuk pulang ke rumahnya di Padang Pusing, Pendang.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata mangsa merempuh belakang lori yang berhenti di laluan kecemasan untuk meletakkan kon bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.


"Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -DTR

a
SEREMBAN : ‘Mama, adik nak masuk syurga’. Itu antara ayat yang sering dikatakan Dania Nur Fatihah Rizal, 8, seminggu sebelum dia terbabit kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran Hospital Salam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Dania cedera parah selepas motosikal ditunggang ibunya, Norazalia Suliman, 36, berlanggar dengan sebuah kereta ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Tasik Jaya, di sini.

Bagaimanapun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height, Senawang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi semalam ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Sementara, ibunya patah tulang belakang dan masih dirawat di hospital sama.

Menurut ibu saudara Dania, Nozy Anora Suliman, 28, dia mula berasa tidak sedap hati selepas menerima pesanan suara menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memberitahu kejadian tersebut.
 "Yang hairannya, pesanan itu dihantar menggunakan nombor telefon kakak saya (Norazalia). Bila saya telefon kakak, dia beritahu terlibat dalam kemalangan dan minta tengokkan anaknya (Dania).

 “Namun,  ALLAH lebih sayangkan anak saudara saya (Dania). Dia meninggal dunia di hospital," katanya.
Menurutnya,  paling menyedihkannya apabila kakaknya memberitahu, Allahyarham menunjukkan sikap lain dari biasa sebelum kemalangan berkenaan.

 Dia dikatakan selalu membaca surah Al-Fatihah dan memberitahu mahu masuk syurga seperti mengetahui akan ajalnya tidak lama lagi.

 “Arwah anak bongsu dari tiga beradik dan dia merupakan cucu sulung perempuan dalam keluarga kami. Dia bukan sahaja seorang yang periang, malah rapat dengan kami semua," katanya ketika ditemui di HTJ, semalam.
Nozy Anora bagaimanapun reda dengan kejadian berlaku, memberitahu Norazalia sedih tidak dapat uruskan jenazah anaknya kerana masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Norazila yang dari arah pasar raya Kip Mart Senawang dipercayai mengubah haluan ke kiri untuk ke simpang Taman Tasik Jaya.

“Tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta Jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah Senawang tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

“Kejadian itu mengakibatkan dua beranak terbabit tercampak dan kedua-duanya dihantar ke HTJ untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun,  pemandu kereta Proton Saga selamat dan hanya mengalami cedera ringan,”katanya.

Katanya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KOTA SAMARAHAN : Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern, berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah berkenaan. 

Beliau berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak berkenaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7.55 malam. 


"Polis menjumpai dua kanak-kanak itu di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal. 

"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pagi ini. 

Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan. Beliau berkata setakat ini kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Satu kemalangan ngeri telah berlaku, seorang bapa ini telah kehilangan anak dan isteri nya dalam sekelip mata.

Apa yang amat menyedih kan bayi nya berusia 4 bulan maut tercampak dari kenderaan yang dinaikinya akibat impak kemalangan

Gambar lelaki ini meratapi kematian  anak nya telah menjadi viral, dia dilihat memeluk dan memangku erat jasad bayi nya yang tidak sedikit pun cedera pada luaran.




Bayi nya mungkin maut akibat hentakan dan tercampak akibat kemalangan itu, difahamkan isteri nya juga turut maut dalam kejadian terbabit.

Kisah ini berlaku di Thailand, apa yang berlaku amat mengundang pilu kepada pelayar media sosial yang melihat gambar nya meratapi kematian bayi nya.

Identiti mangsa tidak dapat dipastikan mangsa merupakan seorang kakitangan awam diThailand yang dikhabarkan baru beberapa bulan menerima cahaya mata. Al fatihah 

LUNDU : 10 Sept 2016 lalu genap 5 tahun usia perkahwinan Cikgu Noriza dan suami, hari ni usia perkahwinan mereka 5tahun 16 hari, Cikgu Noriza pergi buat selamanya dia ditimpa musibah kemalangan awal pagi tadi.

Apa yang berlaku amat mengejutkan terutama suami arwah yang mana baru 16 hari menyambut ulangtahun perkahwinan isteri yang bersama 5 tahun telah dijemput ilahi., semoga suami ini terus tabah.

Dalam pada itu akhbar melaporkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Sungai Rayu, Feri Rambungan disini pagi tadi.






10.9.2011》》》》》10.9.2016.
5 tahun dah kita hidup bersama....
Disaat aku sik tauk nak madah apa.. cuma ada satu hal yang membuat aku bahagia, kerna aku dan kau adalah dua insan yang memiliki satu harapan untuk tetap terus bersama.semoga perasaan cinta dan ikatan perkahwinan kta berkekalan hinnga ke jannah....
Happy Anniversary bb Sri Clark..
Semoga trus bertahan...bersabar dgan sikap..dengan mulut cerobeh ku....dengan segala tingkah laku ku yg kadang2 nyakit ati....hehehhe..
Luv u oiiii......
😙😍😍😍😙😙😙😙😚😘😘😘😘

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi itu, dua buah kereta yang dipandu dua orang guru masing-masing dalam perjalanan menuju ke sekolah di sini.

Mangsa Noriza Mohammad merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Lundu memandu kereta jenis Perodua Viva manakala mangsa kedua yang tersepit dalam kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Rabiatul Jannah Shariman yang juga seorang guru bertugas di SMK Sematan.

Menurut jurucakap bomba, sekumpulan anggota dari balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petrajaya terletak lebih kurang 30 kilometer dari lokasi kejadian dikerahkan sejurus laporan diterima.

“Setibanya anggota kami ke lokasi kejadi mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang daripada mangsa dari kereta Perodua Viva disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius manakala mangsa dari kereta Proton Persona ditemui tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, nasib keadaan dari kenderaan yang ketiga masih tidak diketahui,
Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

MARI themes

Powered by Blogger.