Tanah Merah: Tragedi dimusim cuti sekolah, kegembiraan empat rakan bermain di tebing sungai dekat Kampung Manal, di sini, hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya lemas.
Paling tragis ibu mangsa memeluk dengan penuh hiba meratapi kematian anak lelaki nya,mayat Mohd Alif Riduan Ahmad, 9, ditemui pasukan penyelamat pada 4 petang, iaitu satu kilometer dari tempat dia dilapor jatuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.20 petang.




"Seramai enam anggota dikerah ke lokasi dan mencari mangsa sekitar kawasan dia dilapor jatuh.
"Sebelum itu, kanak-kanak itu bersama tiga rakannya dilapor bermain di tebing sungai itu dan tergelincir kira-kira 12 tengah hari.
"Rakannya memberitahu mangsa sempat berpaut pada akar pokok sebelum dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi turut dibantu orang kampung dan mayat mangsa ditemui dalam jarak satu kilometer dari tempat jatuh.
Mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum diserahkan kepada keluarga.

BOGOTA: Angka kematian akibat nahas pesawat di Colombia membawa pasukan bola sepak Brazil meningkat kepada 76 orang hari ini, ketika pihak berkuasa berkata, hanya lima orang terselamat dalam kemalangan itu.

"Kami berupaya menyelamatkan enam mangsa hidup-hidup namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," kata Jose Gerardo Acevedo, seorang komander polis kepada media. 



Pesawat sewa khas LAMIA terhempas lewat Isnin di kawasan pergunungan berhampiran bandar Medellin bersama 81 orang penumpang di dalamnya termasuk pemain kelab Chapocoense Real, pasukan bola sepak Brazil yang dijangka bermain esok dalam perlawanan akhir Copa Sudamericana. 

Kerajaan Brazil mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan insiden pesawat penumpang terhempas di Colombia, mengorbankan 76 orang termasuk pemain Kelab Chapecoense Brazil. Presiden Michel Temer mengarahkan tempoh berkabung itu. 

Pada masa sama pihak berkuasa Colombia berkata, enam daripada penumpang terselamat ketika pesawat sewa khas, dari Sao Paulo Brazil terhempas dekat Medellin. 


Pasukan penyelamat membawa keluar enam mangsa hidup-hidup daripada lokasi nahas, namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - AFP



JOHOR BHARU : Ya Allah sedih nya, bapa ini kini didakwa dan bakal berdepan HUKUMAN GANTUNG akibat membunuh anak lelaki nya,  dia masih cedera dan masih dirawat Hospital ekoran pergaduhan dengan arwah anak nya.

Pihak pendakwa raya membaca pertuduhan keatas nya di wad, beliau hanya mengangguk kepala tanda setuju apa yang dibacakan oleh Majistret, tapi dari raut wajah nya penuh kekesalan dengan apa berlaku.

Berita Harian melaporkan seeorang lelaki hanya mengangguk selepas pertuduhan membunuh anaknya berusia 23 tahun di rumah mereka di Taman Desa Jaya di sini minggu lalu, dibacakan di hadapannya di wad Hospital Sultan Islam (HSI) di sini, hari ini. 


Pertuduhan ke atas Nasaruddin Abdullah, 54, dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias di wad kerana tertuduh sedang menerima rawatan akibat kecederaan dialami dalam kejadian pada 22 November lalu. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas kertas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin. 

Nasaruddin didakwa membunuh Azrul Hanafi Nasaruddin di Jalan Permatang 24, Taman Desa Jaya, di sini, pada 22 November lalu dan jika sabit kesalahan tertuduh bakal berdepan hukuman gantung sampai mati. 

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Terdahulu, Mohd Azlan Shah bersama pegawai penyiasat dan jurubahasa tiba di hospital jam 1.30 tengah hari petang sebelum pertuduhan dibacakan. Prosiding berkenaan berlangsung dalam keadaan tenang dan mengambil masa kira-kira sepuluh minit sebelum pasukan pendakwa meninggalkan hospital pada jam 1.50 tengah hari.

Bintulu : Sedih luahan sayu sahabat Nora, " Tergamak buat Nora macam tu " mana tidak terkejut jasad sahabat baik dijumpai dalam keadaan TRAGIS dibilik sewanya

Mengikut laporan portal Buliten TV3 mayat seorang wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam ditemui di dalam bilik sewanya di Parkcity, Bintulu lebih kurang jam 7 pagi tadi.





Difahamkan, rakan mangsa yang tiba ke bilik berkenaan menemui mangsa terbaring di lantai sebelum menghubungi pihak polis.
Susulan itu, polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

Wanita yang lebih dikenali dengan nama Nora itu maut dengan Tragis dengan kesan lebam pada muka dan badan, kemungkinan mangsa diperkosa namun punca kematian mangsa masih disiasat oleh pihak berwajib.

Guru vokal, Siti Hajar Ismail memohon masyarakat mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH SWT.

Anaknya, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Siti yang juga ahli Rumah Ngaji ketika dihubungi berkata, keadaan anaknya belum stabil dan sudah menjalani pembedahan kecil memasukkan tiub petang tadi.





"Saya mendapat panggilan kira-kira jam 2.30 pagi yang mengatakan anak saya kemalangan.

"Doktor memaklumkan keadaan dia sangat kritikal kerana mengalami pendarahan di otak dan tekanan darahnya rendah.

"Jadi doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma dan pembedahan pertama memasukkan tiub untuk monitor tekanan otak sudah pun dilakukan tadi.

"Sekiranya keadaan dia stabil, barulah doktor akan menjalani pembedahan kedua keluarkan darah beku," katanya.

Perkenalan dilaman sosial dia antara Nor Amalin  dan Puan Haslinda cukup mengujakan diri Amalin, Puan Haslinda yang dikenali nya dilaman sosial seorang yang sangat cantik dan peramah dengan rakan-rakan nya dan tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan diri nya.

Disebalik raut wajah Puan Haslinda yang tenang dia menderita diserang Kanser Pundi kencing namun dia tetap tabah menjalankan perniagaan online bersama-sama rakan facebooknya.

Ini luahan sayu salah seoarang rakan facebook Puan Haslinda iaitu Nor Amalin yang terkejut Puan Haslinda yang dipanggil nya adik kini telah tiada dia telah dijemput ilahi akibat penyakitnya itu.

Sayang ,, sungguh tenang Wajahmu. Seolah-olah tiada satu beban yg menggambarkan kau menanggung penderitaan . Ya Allah 😢 Sungguh cepat Engkau Ambil Insan Sebaik ini dari Kami . Baru rasa Semlm kami bersama . Hari ini baru terlintas niat nk whatsapp nk ajak lin jumpa. Sungguh akak tak percaya Dik begitu cepat awak tinggalkan akak . Br pun kita xknl tapi dgn awak akak Rasa kasih sayang akan dgn adik . Tenanglah dik disana , Syurga Pasti buatmu dik , Kau manusia yg hebat , tabah dan kuat . Akak percaya kita pasti bertemu disana Kelak.. Al-Fatihah buatmu Sayang 😭 cukup wajah lin yg cantik bersih menggambarkan Hati lin sangat bk . Ujian yg hebat untuk orang yg hebat Dan adik seorang yg hebat sehingga hembusan nafas terakhir adik , adik masih berjuang . Dan sampai saatnya Allah ambik adik kembali . Rehatlah dik , akak tahu dah bnyak sangat adik berjuang, adik letih sangat sebb tu ALLAH rehatkan adik . Akak xkn lupa adik . In Shaa Allah kita akan berjumpa disyurgaNYA kelak ...

Semoga Nor Amalin dan sahabat-sahabat yang lain tabah di permergian arwah dan semoga suami arwah En Syawzan tabah atas kehilangan isteri tercinta.
Puan Haslinda Suami dan Anak 
Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada insan-insan diluar sana yang senasib arwah, walaupun sakit tetap kuat melawan apa yang dihadapi, namun hanya yang maha esa mampu menentukan segalanya Al Fatihah.

NUSAJAYA : Hanya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki berusia lingkungan 30'an tergamak membelasah kekasihnya yang berusia 17 tahun, Sabtu lalu.

Bapa mangsa, Hashim Abdul Karim, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak gadisnya itu pada jam 2.30 pagi selepas menerima panggilan dari Balai Polis Skudai. 

Menurut laporan polis yang dibuat oleh abang mangsa, Saifuddin Hashim, adiknya  dibelasah teruk oleh teman lelakinya, Nehan bin Salim, kerana mengesyaki mangsa mempunyai lelaki lain sebelum mengurungnya di sebuah rumah di Jalan Tembaga Kuning 3, Taman Sri Skudai. 





"Semasa dalam perjalanan, adik saya beritahu bahawa lelaki itu mahu menjualnya dan membunuh salah seorang ahli keluarganya. Jadi saya buat laporan agar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya. 

Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Kulai untuk rawatan. 

Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya risau dan tercari-cari sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga juga pernah menasihati mangsa agar tidak bergaul dengan lelaki itu, malangnya tidak diendahkan.

Berikutan kejadian itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah memuat naik beberapa gambar kesan kecederaan pada mangsa seperti kedua-dua mata bengkak dan lebam serta luka di kepala sehingga terpaksa dijahit di laman Facebook dengan harapan netizen membantu mencari lelaki berkenaan untuk dikenakan tindakan undang-undang. Credit The Reporter

Marang : Seorang ibu tunggal yang merupakan seorang peniaga barangan lelong ditemui maut dipercayai dibunuh KEJAM dalam kejadian di Kampung Binjai Rendah Marang semalam.

Sumber memberitahu kes berlaku kira-kira 7:30 malam itu dan mangsa dikatakan dibunuh oleh perkerja nya sendiri yang merupakan warga Thai,mengikut sumber mangsa dikhabarkan gagal membayar gaji kepada suspek.



Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes tersebut suspek dikatakan melarikan diri dengan menaiki motosikal menuju ke Kelantan,mungkin berniat untuk melarikan diri kenegara asalnya.
Motosikal suspek berno TBK 2489 JENIS EX-5 WARNA Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta melaporkan di balai polis berhampiran.

Kisah Nyata ketika malam pengantin berubah menjadi malam pertama di alam kubur,mari kita baca,semoga bermanfaat,Aamiin.

.
Setelah melaksanakan shalat Maghrib dia berhias, menggunakan gaun pengantin putih yang indah, mempersiapkan diri untuk pesta pernikahannya,lalu dia mendengar azan Isya, dan dia sadar kalau wudhunya telah batal.
.
Dia berkata pada ibunya : Bu, saya mau berwudhu dan shalat Isya..!
.
Ibunya terkejut : Apa kamu sudah gila..?
.
Tamu telah menunggumu untuk melihatmu, bagaimana dengan make-up mu..?
.
Semuanya akan terbasuh oleh air.
.
Lalu ibunya menambahkan : Aku ibumu, dan ibu katakan jangan shalat sekarang..!
.
Demi Allah, jika kamu berwudhu sekarang, ibu akan marah kepadamu..
.
Anaknya menjawab : Demi Allah, saya tidak akan pergi dari ruangan ini, hingga saya shalat.
.
Ibu, ibu harus tahu bahwa tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta..!
.
Ibunya berkata : Apa yang akan dikatakan tamu-tamu kita tentang mu, ketika kamu tampil dalam pesta pernikahanmu tanpa make-up..?
.
Kamu tidak akan terlihat cantik dimata mereka! dan mereka akan mengolok-olok dirimu..!
.
Anak nya berkata dengan tersenyum : Apakah ibu takut karena saya tidak akan terrlihat cantik di mata makhluk..?
.
Bagaimana dengan Penciptaku..?
.
Yang saya takuti adalah jika dengan sebab kehilangan shalat,saya tidak akan tampak cantik Dalam Pandangan-Nya.
.
Lalu dia berwudhu,dan seluruh make-up nya terbasuh.
.
Tapi dia tidak merasa bermasalah dengan itu.
.
Lalu dia memulai shalatnya.
.
Dan pada saat itu dia bersujud, dia tidak menyadari itu, bahwa itu akan menjadi sujud terakhirnya.
.
Pengantin wanita itu wafat dengan cara yang indah, bersujud di hadapan Pencipta-Nya.
.
Ya,ia wafat dalam keadaan bersujud.
.
Betapa akhir yang luar biasa bagi seorang muslimah yang teguh untuk mematuhi Tuhan nya.
.
Banyak orang tersentuh mendengarkan kisah ini.
.
Ia telah menjadikan Allah dan ketaatan kepada-Nya sebagai prioritas pertama.
.
(..Kisah nyata yang diceritakan oleh Syaikh Abdul Muhsin Al Ahmad ini terjadi di Abha, ibu kota Provinsi Asir Arab Saudi..)
.
SubhanAllah.
Semoga kisah nyata ini bisa menjadi I'tibar bagi kita semua.
.
Bahwa hidup ini adalah mencari Ridha Allah,Bukan mencari Ridha manusia,Aamiin..
.
Yaa Allah.
Mudahkanlah urusan orang yang Membaca status ini.
.
Dekatkanlah Rezekinya,Sehatkanlah jiwa raganya dan Mudahkanlah jodohnya untuk orang yang nge-Like dan nge-share Status Ini.
.

Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin.

Kuala Terengganu : Pelumba basikal Terengganu maut selepas terbabit dalam kemalangan motosikal dengan kereta di Kampung Paloh Kuala Terengganu malam tadi.
Menurut sumber nahas jam 12:15 tengah malam itu dipercayai sebuah kereta jenis Nissan Almera cuba membuat pusingan U Kampung Pulau Rusa namun tidak menyedari sebuah motosikal Honda Dash datang dari arah Jambatan Manir lalu menyebabkan kereta tersebut dirempuh.





Mangsa Ahmad Fikri Ahmad Fadli 20 tahun berasal dari Banggol Peradong Manir meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian badan.
Mangsa yang dipanggil Along boy merupakan bekas atlet pasukan basikal Terengganu.
Berita penuh menyusul. Al fatihah Credit :Terengganu Times

MARI themes

Powered by Blogger.