PASIR PUTEH : Hari ini genap 6 hari kehilangan dua sahabat baik lemas di laut ketika mandi pada 25 disember lalu, kehilangan mereka terus jadi misteri tanpa sebarang petujuk walaupun berbagai cara dilakukan.

Suasana di Pantai Tok Bali di sini petang ini pilu apabila ibu kepada salah seorang remaja yang hilang sejak tiga hari lalu dipapah ke gigi air untuk menyeru nama anaknya.

Dengan linangan air mata sambil tangannya menyentuh pasir dan air, S. Hazizan Othman, 43, menyeru nama anaknya, Ahmad Haziem Anizam, 14, berkali-kali dan memohon kepada Allah supaya mereka dipertemukan semula secepat yang mungkin.  

“Haziem, baliklah Haziem. Mama tunggu Haziem, baliklah,” katanya berulang kali. 

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Hazizan berkata, dia pasrah dengan kejadian tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus untuk mencari anaknya. 








" mtk jasa baik sume doakan dua sahabat ank ambo Hazim  dan Amir yg hilang d telan arus ombak d perairan tok bali..agar bjaya d temui oleh phk pnyelamat..wlau dlm keadaan apa skalipun..gerakan mncari dan myelamat tetap giat d usahakan..tp jasad mereka blum lagi d temui..ya allah..permudahkanlah usaha mereka ya Allah.kami rindu Hazim dan Amir.biar apa pn yg terjadi..kami pasti mereka sudah d tempat yg terbaik..aamiinn.." - Ida Abe wa ibu sahabat Hazim dan Amir 

“Sama-sama kita berdoa akan pencarian Ahmad Haziem dan rakannya dipermudahkan. 

“Semoga Allah SWT perkenankan dan makbulkan doa kita semua. Sesungguhnya saya merindui Ahmad Haziem dan menerima hakikat kejadian yang berlaku,” katanya.

Kira-kira pukul 4.40 petang 25 disember lalu , Ahmad Haziem dan rakannya Amir Azfar Rafa, 13, hilang selepas dihempas ombak besar sebelum dihanyutkan arus deras ketika mandi berhampiran benteng pemecah ombak di Pantai Tok Bali. 

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja yang hilang dihanyutkan deras di Pantai Tok Bali, dekat sini diteruskan pada pukul 7 pagi biarpun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu. 

Kuala Perlis : Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan di susur keluar ke Kuala Perlis tengahari tadi.

Mangsa yang dikenali dengan nama Zakie berasal dari Tanah Merah Kelantan dia dan rakan-rakan berkonvoi dari Tanah Merah menuju Pulau Langkawi.

Motosikal jenis Rxz di tunggang Zakie terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia maut ditempat kejadian disaksikan rakan-rakan konvoi nya.







Apa yang lebih memilukan hari ini 30.12.16 merupakan hari jadi arwah Zakie, rata-rata rakan dan sahabat handai arwah mengucapkan selamat hari jadi pada arwah dan salam takziah.

Pemergian Zakie diratapi sahabat-sahabat yang mengenali nya dia amat berminat dengan motosikal dan selalu menyertai group konvoi Rxz bersama rakan-rakannya.

Zakie pergi dijemput Ilahi di hari Jumaat yang mulia di hari lahir nya semoga roh arwah tenang di sana salam takziah buat isteri,anak serta keluarga semoga mereka tabah. Al fatihah.

Hasrat nya untuk berehat sebelum bersalin anak kedua rupanya rehat selamanya buat Puan Aida, Arwah insan yang sangat kuat berkerja dalam keadaan nya sarat mengadung arwah masih fikir soal kerja.

Arwah merupakan salah seorang dari admin Jubahsouqlovers.







" Kami baru saja terima berita sedih atas pemergian orang yang kami anggap macam kakak kami sendiri selama ini. Orangnya memang baik dan lembut hati. Sis @naidaramly yang merupakan salah seorang dari admin @jubahsouqlovers ini telah dijemput ilahi pada jam 6 petang tadi setelah melahirkan zuriatnya yang kedua tadi. Sama2 kita mendoakan roh beliau tenang dan dicucuri rahmat olehNya. Sesunggugnya Allah lebih menyayangi arwah. Semoga ahli keluarga dan teman2nya juga bersabar dan redha atas pemergiannya. Amin "

Permergian puan aida undang pilu pada rakan-rakan yang mengenali arwah, sungguh sedih apa yang berlaku Allah lebih sayang kan arwah semoga suami arwah tabah dengan apa yang berlaku dan dapat menjaga kedua anak mereka dengan penuh kasih sayang walaupun tampa kasih sayang seorang isteri atau ibu disisi. Al fatihah 

Hulu Kelang : Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun dan meninggalkan isteri tercinta Puan Sri Aishah Abdul Ghani, tujuh anak serta 13 cucu.
Menurut isteri Allahyarham, dia dan anak-anak reda dengan pemergian penghibur tersohor itu kerana tidak sampai hati melihat kesakitan yang ditanggung selama ini.
"Saya yang melihatnya pun tidak sampai hati. Inikan pula dia yang merasai dan menanggung sakit yang dialami sejak 17 tahun lalu.
"Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi”€ katanya kepada Harian Metro.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Baru. Walaubagaimanapun, masa untuk pengkebumian belum ditetapkan.

PUTRAJAYA : Segala usaha untuk membawa pulang jenazah farhan berjalan lancar walaupun berbagai dugaan dan rintingan tambahan ia nya melibatkan kos yang amat tinggi, sehingga 50 ribu amat lah siksa temui ajal diluar negara namun ini adalah ketentuan yang maha esa selagi ada usaha maka ada lah jalan nya .

Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na’imullah Zubir, 26 yang ditemukan lemas di Melbourne, Australia selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penerbangan Thai Airways TG415 yang membawa jenazah, Muhammad Farhan Na’imullah itu tiba di sini pada pukul 11.55 pagi dan jenazah dibawa keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada pukul 1.55 tengah hari.

Jenazah kemudian dibawa terus ke Johor Bahru untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Allif, Johor Bahru, Johor.









Muhammad Farhan Na’imullah yang bekerja sebagai pengutip buah di Farm Buffalo Orchad di Melbourne lemas ketika mandi di Sungai Ovens berhampiran rumah sewanya pada 13 Disember lalu.

Mayatnya ditemukan pasukan penyelamat Australia kira-kira pukul 8 malam selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi pada pukul 2 petang.

Bekas pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah itu bekerja sementara di Farm Buffalo Orchad sejak Januari lalu dan sepatutnya pulang semula ke Malaysia awal tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan selepas bertunang dengan rakan kolejnya pada September lalu.

Sementara itu, kakak Muhammad Farhan Na’imullah, Nurdiyana Zubir, 29, ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan membawa pulang jenazah adiknya itu. - Al fatihah 

KLANG : Seorang ibu tunggal maut manakala anak lelaki tunggal nya cedera apabila motosikal yang dinaiki nya bersama tunang nya telah dilanggar lari, lebih malang lagi tunang nya juga turut temui ajal tinggal lah anak tunggal nya yatim pitu.
Kosmo melaporkan pasangan tunang maut selepas terlibat dalam satu kes langgar lari di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pelabuhan Barat menghala ke Shah Alam awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi tadi, mangsa, Arifshah Lingam Muniandy, 39, dan Nor Aishah Abdullah, 35, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Bagaimanapun anak tunggal Nor Aishah berusia tiga tahun, Muhammad Aril Amri Mohd terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Pelabuhan Barat menghala ke Shah Alam.
"Siasatan awal pihak kita mendapati motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang sewaktu berada di lorong kanan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas beliau, anak mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
"Kami masih mengesan kenderaan yang melanggar mangsa kerana pemandu kereta tersebut masih belum membuat laporan polis," ujarnya.
Sehubugan itu, pihak polis meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Sutri Patang di nombor telefon 018-9427088,"ujarnya.

KOTA TINGGI : Lagi seminggu sesi persekolahan 2017 akan bermula, Cikgu Rahman insan yang sangat dikenali di SK Sungai Papan dijemput ilahi apabila kereta yang dipandu anak perempuan nya dirempuh lori pasir.

Dalam kejadian itu anak perempuan mangsa Nor Nazatul Amira cedera parah patah kedua-dua kaki impak dari kemalangan itu.

Mengikut saksi kereta tersebut terbabas dan berlaku letupan sebelum kereta tersebut terbakar selepas dirempuh lori pasir terbabit.

Namun mangsa didalam kereta terbabit sempat diselamatkan oleh orang awam tapi cikgu Rahman yang duduk dibelakang maut impak dari kemalangan tersebut.





Sinar Harian melaporkan seorang guru maut selepas kereta Proton Pesona dinaiki terjatuh ke dalam tebing sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 8.5 Jalan Tanjung Belungkor, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang di jalan menghala ke Terminal Feri Belungkor, Simpang Pasir Gogok, Adela itu menyebabkan mangsa, Abd Rahman Abu Bakar, 49 yang mengajar di Sungai Papan maut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan itu turut menyebabkan anak mangsa merupakan pemandu, Nor Nazatul Amira, 23 mengalami cedera parah, manakala seorang penumpang Juhana Ilias, 24 cedera ringan.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan membabitkan Proton Pesona dengan lori pasir yang dipercayai berlaku apabila lori pasir dari arah Kota Tinggi menghala ke Belungkor telah terbabas ke kanan jalan.

"Lori pasir itu kemudiannya telah berlanggar dengan Proton Pesona dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan dari Belungkor ke Kota Tinggi.

"Kemalangan itu menyebabkan Proton Pesona terjatuh di tebing jalan yang kedalaman 1.5 meter lalu terbakar. Manakala lori pasir terbabas dan terbalik di tebing jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rahmat, akibat dari kemalangan itu penumpang belakang Proton Pesona beralamat di Kampung Baru, Pasir Gogok telah meninggal dunia di klinik Sening, Adela disebabkan cedera parah di kepala.

Pemandu, penumpang hadapan serta pemandu lori pasir telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala yang lurus dan terdapat garisan putus-putus ditengah jalan sebagai pembahagi jalan.

"Permukaan jalan kering manakala kawasan persekitaran merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Tiada sebarang saksi bebas di tempat kejadian. Polis akan menahan pemandu lori pasir berkenaan berusia 38 tahun dari Taman Johor Jaya untuk membantu siasatan," katanya lagi.

PUCHONG : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terjadi pada seorang ibu muda yang kehilangan bayi perempuannya yang berusia 13 bulan dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh. 

Menurut Aleeza Rosli, rakannya, Farah Husna Mohd Noh, terpaksa bekerja kerana perlu membayar segala hutang pelanggan pre-order telefon bimbit yang ditipu oleh pihak pembekal. 

"Takziah buat sahabat seperjuangan saya yang kehilangan permata hati tercinta kelmarin. Baby Hana baru berusia 13 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya tatkala ibunya baru saja mendapat pekerjaan. 



"Sungguh berat dugaan ini. Belum selesai lagi kes pre-order, Allah beri satu lagi ujian hebat untuk rakan baik saya ini. Sebak hati tak terkata," tulisnya. 

Punca kematian tidak diketahui, namun berdasarkan komen balas Aleeza dengan netizen yang lain, kes itu telah dilaporkan kepada polis. Setakat ini bayi berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. 

Pasangan terbabit juga difahamkan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian anak mereka. - The Reporter

MARI themes

Powered by Blogger.