Sayu : Dia buat adik kawan saya separuh mati disebabkan target sale tak capai-Mieyah (6Gambar)

JOHOR BAHRU : Seorang lelaki berusia lingkungan 20'an cedera di seluruh badan akibat dipukul 'majikannya' kerana gagal mencapai sasaran jualan, dakwa pengadu. 

Mieyah Eyah, individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar dan status dakwaannya itu berkata, mangsa yang merupakan adik kepada rakannya telah dipukul hanya kerana gagal mencapai sasaran jualan barangan seperti dompet, tali pinggang dan lain-lain. 

"Dia buat adik kawan saya separuh mati disebabkan tak capai target sale berniaga di depan Maybank Perling setiap malam," katanya. 







Info Harian Metro :

Johor Bahru: Mangsa penderaan majikan, Nur Firdaus Ibrahim, 21, yang mengalami luka di beberapa anggota badan masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ibu mangsa, Jumiah Otto, 56, berkata anaknya masih bergerak menggunakan kerusi roda berikutan keadaannya masih lemah.
"Nur Firdaus menyatakan menjadi mangsa penderaan fizikal majikan hampir tiga bulan dan dikurung selama tiga hari sebelum diselamatkan keluarga kelmarin.
"Dia masih mengalami kesakitan terutama di bahagian bahu, tangan, telinga dan tapak kaki akibat didera majikan.
"Kami berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap majikannya ," katanya ketika ditemui di HSI di sini, hari ini.

Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan