Sayu : Ketua Menteri Sarawak telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.20 tengahari tadi (3Gambar)

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kota Samarahan sebentar tadi.
Menurut sumber SuaraTV, Adenan dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.20 petang tadi kerana komplikasi jantung.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitter turut menyampaikan ucapan takziah untuk keluarga Adenan.
“Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah,” katanya.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.
Adenan yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik – memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979 meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.
Adenan mencatatkan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku ketua menteri.
Selain Ketua Menteri, Adenan pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat dari Mac 2004 hingga Februari 2006.
Malah pernah bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Muara Tuang pada Januari 1979.
Beliau yang menerima pendidikan undang-undang di Australia dan pernah menjadi naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Adenan kini adalah ketua penerangan PBB.
Tokoh politik veteran itu pertama kali dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran negeri sebagai Menteri Muda Pembangunan Tanah pada 1985.
Dua tahun kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negeri di Kementerian yang sama.
Pada 1992 beliau berpindah ke Kementerian Pembangunan Sosial Negeri dan pada 1998, sebagai Menteri di Kementerian yang baru diwujudkan iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri.
Sebagai seorang pentadbir dan pengamal undang-undang, beliau pernah dilantik sebagai pendakwa raya seawal tahun 1969 di Pejabat Pendakwa Raya Adelaide dan pernah berkhidmat sebagai majistret dari 1971 hingga 1972.
Adenan menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Borneo pada 1975 dan dilantik sebagai pengerusi Yayasan Sarawak pada 1 Februari 1999 selepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan itu. Credit SuaraTV Fb Kamex Miak Sarawak 
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment