Sayu : Maafkan aku farhan ... Jasad farhan berkecai digilis treler sahabatnya cedera (8Gambar)

Johor Bahru : Seorang rakan mengalami detik ngeri apabila melihat sahabat nya sendiri digilis treler ekoran motosikal yang dinaiki mereka berdua bergesel dengan pacuan empat roda.
Arwah Farhan yang membonceng motosikal terbabit bersama sahabat nya yang maut dengan amat tragis disaksikan sahabatnya sendiri yang cedera parah dalam kemalangan itu.
Harian Metro melaporkan seorang lelaki maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikal yang diboncengnya dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, jam 1 petang tadi.





Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, dalam kejadian itu mangsa dikenali sebagai Mohd Farhan Kassim, 18, dari Taman Kota Masai membonceng motosikal bersama rakannya.
"Siasatan awal mendapati motosikal itu bergesel dengan sebuah pacuan empat roda menyebabkan ia hilang kawalan dan mangsa terjatuh.
"Secara kebetulan sebuah lori tiba di lokasi dan tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa digilis kenderaan berat itu.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang cedera turut dihantar ke hospital sama," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment