Sayu : Sudah 18 hari kak Husna pergi .. Sunyi amat sunyi sangat keluarga kita kak- (4Gambar)

Seberang Jaya : Kehilangan insan tersayang dalam keluarga amat dirasai oleh Amirul khan, arwah kakak nya sudah18 hari pergi dijemput ilahi

Arwah Noriza Husna Khan mangsa kemalangan diHighway jawi-Tambun 18 hari lalu, Noriza Husna Binti Mohd Khan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya selepas beberapa jam bertarung nyawa.

Ini luahan sayu adik arwah Amirul Khan atas permergian kakak tersayang setelah 18 hari berlalu, luahan adik mangsa meyentuh hati netizen pengikut laman sosial nya.


Allahuakbar. Hari ini sudah 18 hari arwah kakak meninggalkan aku dan seluruh keluargaku di dunia ini.
Sungguh aku rasa kehilangan. Hampir setiap hari aku diselubungi rasa sunyi seumpama aku berada dalam tin yang kosong. 

Usai solat saja mesti terbayang wajah redup dia. Arwah seorang yang suka ketawa dengan perkara-perkara yang lucu. 

Pantang saja arwah tengok dengan benda-benda yang lucu, pasti arwah ketawa lebar. Kenangan bersama arwah bukan cuma 10-20 tapi 1001 kenangan manis sepanjang bersama arwah. 

Arwah merupakan peminat setia Siti Nurhaliza, dia cukup suka apa saja mengenai insan yang bernama Siti Nurhaliza. Dulu boleh aku dengar suara dia, wajah dia hari-hari sekarang tidak lagi buat selamanya. 

Kehilangan kekandaku tercinta banyak memberi aku kesedaran, aku lebih banyak memikirkan kematian dan hari akhirat. Sesungguhnya ajal maut itu rahsia Allah. Bila ajal kita? Bila? Semua rahsia Dia. 

Dia Maha Mengetahui. Aku terima Qada' & Qadar. Redha dengan apa yang diaturkan olehNya. Semua ini ada hikmah disebaliknya. Doaku sentiasa buatmu, kakak. 

Semoga Allah sentiasa merahmatimu selalu, didampingi orang-orang soleh, para syuhada dan siddiqin. 

Semoga Allah muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun, bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran, berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya, masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka). Sungguh aku merinduimu kakak. Se

moga Allah bersama kakak selalu. Di syurgalah tempatmu kakak.

Semoga Amirul dan keluarga terus tabah sama-sama kita doakan agar roh kakak husna tenang disana bersama-sama insan-insan yang diredai oleh yang maha esa. Al fatihah Credit Amirul Khan