Sayu : Tok Mie dah tiada lemas di tali air .. Ini punca kematian tragis pemuda 24 tahun ini (6Gambar)

Bukit Mertajam : Seorang pemuda menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan tragis lemas didalam tali air. 
Arwah yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mie atau Hazmi Ishak berusia 24 tahun lemas di dalam tali air tersebut.
Mengikut sumber arwah menunggang motosikal jenis EX5 di katakan mengalami masalah sawan tarik yang menyebabkan motosikal mangsa terbalik di atas jalan dan arwah terjatuh dan lemas dalam tali air.
Harian metro melaporkan seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Padang Temusu, di sini, pagi tadi.



Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mayat Mohamad Hazmi Ishak, 24, ditemui oleh orang awam di dalam tali air berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa dikatakan menghidap penyakit sawan.
Menurutnya, mangsa berasal dari Kampung Pelet dikatakan menunggang motosikal bersendirian sebelum terjatuh ke tali air itu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya. Al fatihah