Kuala Lumpur : Ibu mana yang tidak sayang anak, ini lah Puan Rohana ibu Azarul yang hilang di Broga tanpa sebarang tanda, dia pasar apa yang akan berlaku namun akan terus mencari anaknya walaupun operasi mencari akan dihentikan
“Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini,” kata Rohana Saad, 49, yang masih tabah menantikan anaknya, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu.
Menurut Rohana, sebagai ibu, dia amat mengharapkan anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.
“Namun apabila kehilangannya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku.



“Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana,” katanya.
Menurutnya, sudah empat hari dia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan insiden berkenaan.
Kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut, Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.
“Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Terdahulu, video Rohana mendaki Bukit Broga untuk mencari anaknya itu tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh salah seorang sukarelawan yang turut berada di situ.
Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan Rohana memanggil anaknya dengan nada sayup, sekali gus menyentuh perasaan pengguna laman sosial.
Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), operasi hanya dijalankan selama tiga h"Namun hari ini operasi sudah masuk hari keempat dan masih tidak menemui mangsa.
"Bagaimanapun, satu perbincangan akan diadakan kira-kira 7 malam dan keputusan bergantung kepada pihak polis selaku ketua operasi," katanya.

PONTIAN : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap pintu pagar sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6.27 petang itu, mangsa, Nur Adawiyah Zulkifli yang juga merupakan murid taska terbabit disahkan meninggal dunia akibat cedera di kepala semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan 1 Malaysia berhampiran.
Alfatihah buat anak buahku yang telah kembali ke ramahtullah sebentar tadi.. pokcu doakan yaya tenang di sana.. Semoga umi n abah kuat menghadapi ujian ni.. Ya Allah kau tabahkanlah kakakku Elly Zul dan seluruh ahli keluargaku.. somoga segala urusan berjalan dengan lancar.. Alfatihah buat Nur Adawiyah Zulkifli .. last semalam pokcu jumpa yaya.. pokcu akan merindui yayašŸ˜©.. Allah lebih menyayangi kamu sayang - Sina 

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, semasa kejadian, ibu mangsa berada di dalam taska bagi membantu guru mengemas kelas setelah semua murid pulang.
Katanya, mangsa pula berada di luar bermain bersama kakak dan abangnya yang masing-masing berumur 7 dan 5 tahun.
"Semasa kanak-kanak itu sedang bermain, dipercayai rail pada pagar tembok terbabit telah terkeluar daripada landasan lalu menghempap mangsa.
“Menyedari bunyi bising, ibu mangsa telah berlari keluar dan mendapati anaknya sudah terbaring dihempap besi pagar taska berkenaan manakala abang dan kakak mangsa sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ya Allah sungguh sedih luahan si ibu yang kehilangan anak kesayangannya baru-baru ini. Anak lelakinya yang dihantar ke Pulapol Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan pada September tahun lalu dalam keadaan sihat dan ceria, dipulangkan dengan jasad yang terbujur kaku. 

Hati ibu mana yang tidak sedih menerima perkhabaran seperti itu? Tambahan pula punca kematian disebabkan paru-paru berair dan jantung mangsa bengkak. Justeru, ibu mangsa mahu pihak berwajib menjalankan siasatan yang adil dan telus akan kes kematian anaknya itu. 

Puan Che Suhaimah meluahkan rasa sayu nya dilaman sosial nya : 
Assalamualikum. Saya ibu kandung arwah Mohamad Anuris Ilham bin Anuar. Tolong sebarkan kepada semua. 

Anak kesayangan saya mati bersebab. Anuris takkan rosak organ dalamannya dengan sendiri. Anuris bukan budak lepasan SPM yang biasa, saja nak masuk polis. Tetapi Anuris berkelulusan Diploma Undang-Undang. 

Selepas diploma, dia buat praktikal di Balai Polis IPD Gerik selama dua bulan. Selepas itu bertugas sebagai guard bersenjata di Hospital Selayang. Sebelum masuk ke Pulapol Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, Anuris telah beberapa kali menjalani medical check up di hospital kerajaan. Sebelum masuk Pulapol, Anuris aeorang anak yang sihat walafiat, bertubuh sado dan ceria. Anuris anak kesayangan saya tidak pernah ada penyakit sawan, malah keturunan dia tak ada sawan. Macam mana anak saya boleh mengalami kecederaan organ seperti paru-paru berair dan jantung bengkak? 

Saya merasa sungguh terkilan dengan apa yang berlaku pada anak saya di dalam Pulapol. Saya cukup tidak berpuas hati pada Pulapol Air Hitam. Tangan saya yang hantar anak saya pada Pulapol dengan gemuk, sado, sihat walafiat. Dengan bangga anak saya akan jadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya serahkan anak kesayangan saya pada 24 September 2016 dengan penuh kepercayaan kepada PDRM, bukan saya serahkan anak saya kepada mafia. Tetapi pada 11 Januari 2017, PDRM menghantar pulang anak saya sebagai mayat. 

Saya tahu ajal maut di tangan tuhan. Saya tahu walau apa pun yang terjadi, saya tak akan mendapat kembali anak kesayangan saya buat selama-lamanya. Saya tahu ajalnya di Pulapol Air Hitam, tetapi anak saya tidak akan sakit dan cedera organ dalaman dengan sendiri tanpa sebab yang munasabah. 

Tetapi kalau kematian anak saya berpunca dari kecuaian dan perbuatan ganas, saya akan melawan habis-habisan. Kalau tidak, tak berbaloi anak kesayangan saya mati dengan azab buat post mortem lagi. Sedangkan dalam Islam haram bedah mayat. Tetapi demi mencari kebenaran, diharuskan. 

Hati seorang ibu mana yang sanggup melihat mayat anaknya dibedah, dilapah, disiat-siat seperti seekor lembu? Hati ibu mana yang sanggup melihat organ dalaman anaknya dipotong-potong seperti lembu di pasar? Hati ibu mana yang sanggup melihat kepala anaknya dimesin, dikeluarkan otaknya? Tetapi inilah post mortem. Walaupun hati saya sayu, hiba, demi mencari kebenaran, saya sanggup anak saya dilapah, disiat-siat. 

Sekarang anak saya disahkan mati akibat paru-paru ada air dan jantungnya bengkak. Tetapi apa puncanya menjadi seperti itu? Saya telah membuat laporan polis dan meminta pihak berwajib menjalankan siasatan yang telus dan adil. 


Semoga Puan Che Suhaimah dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini, semoga roh anak nya dicucuri rahmat bersama-sama insan yang diredahi Allah. Al fatihah Credit : thereporter.my

Gopeng : Kemalangan yang amat ngeri apabila lori kontena dipandu Khairul Nazuan,28,atau lebih dikenali dengan nama wan merempuh belakang treler yang penuh dengan muatan bata yang menyebabkan lori terbabit rosak berkecai bahagian kepalanya impak dari kemalangan terbabit.
Wan dijemput ajal tersepit ditempat duduk kontena yang dipandu nya,harian metro melaporkan seorang lelaki maut selepas lori kontena dipandunya terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan batu di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, 8 pagi hari ini.




Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Khairul Nazuan,28, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit ditempat duduk pemandu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Nor Zambri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.13 pagi sebelum ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba mendapati seorang lelaki yang sudah meninggal dunia tersepit di tempat duduk pemandu sebelum anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.
"Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar. semoga isteri dan keluarga arwah wan tabah. Al fatihah 

ALOR SETAR : Sedih sebak sayu lihat apa yang berlaku seorang lelaki sanggup merompak bank dan hampir membunuh pengawal keselamatan, suspek yang merupakan Ketua Syarikat kawalan Keselamatan dan bekas tentera ini nekad seorang diri merompak bank dengan menggunakan pistol milik syarikat nya berkerja.

Seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan pistol milik syarikatnya ditahan selepas cuba merompak Bank UOB di Tmn Ria Jaya, Sungai Petani dekat sini pagi tadi. 

Jurucakap polis berkata, cubaan suspek berjaya dihalang pengawal keselamatan bank terbabit selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan dibantu kakitangan bank berkenaan, jam 8.40 pagi. 

"Anggota polis yang tiba dilokasi kejadian kurang seminit kemudian segera membantu pengawal keselamatan yang cedera akibat terkena tembakan di kaki yang sedang bergelut dengan suspek. 









Selamat Pagi YDH Dato, tuan/puan:
Makluman awal melepaskan tembakan semasa melakukan kesalahan berjadual.
▶ Sg.Petani: 2339/17 @ 0852hrs. 
▶ T/Kejadian: 177&178, Bank UOB, Taman Ria Jaya, Sg.Petani, Kedah.
▶ Pengadu: KPL.82406 Zainuddin b Ismail.
▶ Kesalahan: Sek.3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.
▶ Fakta kes:
Pada 25.1.17 @ 0815hrs, pekerja bank OUB mula masuk ke dlm bank utk bekerja.
0835hrs, dtg (1)(L)(M) memakai helmet dan sarung tangan kiri serta memegang pistol (revolver. 36) telah bkata kpd salah seorang pengawal keselamatan (2 org) btugas yg tdk bsenjata dan berkata "kalau nak selamat, bergerak ke belakang & jgn melawan" dlm bhs melayu.
Kemudian saspek telah bgelut dgn (1) pengawal keselamatan yg bersenjata pump gun, dan dlm pergaduhan itu, saspek telah melepaskan tembakan (2) tembakan di celah kangkang.
Pergelutan berlaku selama (3) minit di antara (2) pengawal keselamatan bersama (1) staff bank dgn menindih saspek.
Pihak MPV (alpha IBS KD 254) telah terima maklumat dari bilik gerakan pd jam 0840hrs dan sampai di tempat kejadian pd jam 0841hrs dan masih berlaku pergelutan dan berjaya ditangkap.
Ambulance sampai pada jam 0846hrs utk bawa mangsa ke Hospital.

Butiran saspek:
 * Mohd Rosdi B Othman(bekas tentera bersara pd 22.11.2008, berkhidmat selama 22 thn, Peg.Waran 2, di 10 Semboyan, di Kem Perendak Melaka)
*KPT: 671202-02-XXXX*.
Kerja: *Pengurus Pengawal Keselamatan, SRT EON* Caw.Sg.Petani, Kedah sejak 2008 sehingga skrg.
Maklumat pistol yg diperolehi: *Sykt SRT EON di P.Pinang, hanya t.t sebulan sekali dan sentiasa dibawa dalam pemilikannya setiap masa*.
 Maklumat Pengawal Keselamatan yg cedera:
Nama: *Mohd Jefri bin Ismail*.
KPT: 660727-02-XXXX
* berada di wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sg.Petani, Kedah dlm keadaan stabil.
SEKIAN, T.KASIH.
Suspek yang bertopi keledar berjaya ditahan manakala pistol jenis jenis Smith Wesson yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas," katanya di sini sebentar tadi. 

Beliau berkata, pengawal keselamatan terbabit dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan kini dilaporkan stabil. "Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci. Sumber FB, Berita Harian


Teluk Intan : Suasana sayu dan pilu bila melihat seorang wanita di sisi jasad suaminya yang terbujur kaku pergi dijemput Ilahi apabila motosikal yang dinaiki arwah suaminya bertembung dengan sebuah motosikal awal pagi semalam.

Mangsa dikenali dengan nama Usop di kalangan rakan maut ditempat kejadian apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah motosikal lain yang dinaiki pelajar lepasan spm yang juga maut dalam kemalangan terbabit.

Suasana hiba melihat isteri Ucop yang dikenali dengan nama Diela mengusap dan mengenggam erat tangan suami tercinta yang terbujur kaku pergi menghadap ilahi akibat kemalangan.






Iskandar mangsa ke 2

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu kedua-dua mereka dipercayai bertembung sesama sendiri dalam satu kemalangan di Jalan Chenderong Balai Usop dan Iskandar maut ditempat kejadian impak kemalangan tersebut.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 7.15 pagi.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, seorang daripada mereka tercampak ke tebing parit berhampiran sebelum dinaikkan oleh anggota dan diserahkan kepada pihak polis.
“Seorang lagi mangsa tercampak di atas jalan raya dan kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat, punca kejadian sebenar masih disiasat oleh pihak berwajib.
Arwah Ucop meninggal kan seorang isteri dan 2 anak, semoga isteri nya terus tabah dengan dugaan ini, salam takziah juga buat keluarga seorang lagi mangsa pelajar lepasan SPM Iskandar. Al fatihah

Pulau Pinang : Seorang gadis meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila gambar telah menjadi viral dilaman sosial tapi penuh dengan kutukan dan cacian.

Ini gara-gara gambar nya bersama bapa nya telah disalah sangka, yang mana gambar nya bersama bapa nya yang dipanggil abah oleh Nuraida telah menjadi kutukan dan cacian keybord warriors di laman sosial.

Foto-foto yang dimuat naik oleh Nuraida dilaman sosial nya telah menjadi perhatian ramai gara-gara fotonya bersama abahnya dilihat terlalu mesra bukan seperti anak dan bapa.

Namun gadis manis yang lincah itu mempertahan kan tindakan nya bergambar seperti itu, tiada niat lain dia melakukan sedemikain selain ingin tunjukan rasa kasih sayang pada abahnya yang akrab dengan nya sejak kecil lagi.






Nuraida, Ibu dan bapa 
Disebabkan gambar-gambar tersebut Nuraida menjadi kutukan pelayar media sosial, bagi admin tak perlu lah kita menunding jari pada Nuraida kerana bukan dengan orang lain dia bergambar dia adalah bapanya sendiri.

Cuma jika boleh tak perlu dan muat naik kelamaan sosial seandainya itu boleh menimbulkan syak wasangka di kalangan pelayar media sosial.

Apa yang dilakukan Nuraida bersama bapa nya turut disertai oleh ibu nya sekali, admin amat kagum dengan Nuraida sentiasa menghargai bapanya sementara bapanya  masih ada dan ianya lebih baik bergambar bapa dari bergambar berdua-duaan dengan teman lelaki kata Nuraida lagi.

MARI themes

Powered by Blogger.